assalamualaikum.
Dalam kite duk hepi2 cuti nih,,pjam celik pejam celik,, dah msuk tahun baru Islam..
ntah2 ramai2 je org Islam kt luar sana dah x sdar skrg dah msuk tahun baru..
kite yg sdar ni,,dapat x beza suasana tahun baru Islam dengan tahun baru kalendar barat tuh?
sgt bbeza bukan??isk3..kalau thaun baru ikut kalendar tu je,,macam2 laa nk jadik ngn org Islam ni,,especially remaja2.ak sendiri penah experience suasana tahun baru dolu2 kt the curve.macam2 gelagat budak2 remaja.
kunun2 nk jd chinese,tp jelas2 ckp melayu!pemakaian tu,,toksah cakap lah.yg terkejutnye ade budak laki selambe badak je beli botol arak kt seven E.depan aku pulak tuh!hishhhh!!!teruk gile ah!astaghfirullahalazimm..
tapi bile dah msk tahun baru Islam (1 Muharram) nih,,ade ke dorg2 tuh nk kesah??uh3..
By the way, dalam kesempatan nih, wishing everyone SELAMAT MAAL HIJRAH & AWAL MUHARRAM!!ni aku google2,ade sikit amalan yg afdhal org kate yang kite same2 ley lakukan spanjang awal muharram nih..smoge mendapat keberkatannn..
AMALAN DI BULAN MUHARRAM
Baca doa akhir tahun – Selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah
(Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu)
Baca doa awal tahun – Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah
(Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat)
1 – 10 Muharram adalah disunatkan berpuasa.
16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram
1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram
Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.
2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asyura)
Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.
3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita.
4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa.
Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.
5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.
6. Menziarahi rumah orang alim.
7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam
8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.
9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata
10. Menziarahi kaum keluarga
11. Mengerat kuku
12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.
13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2)
(Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala)
Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu.
14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.
15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.
16. 16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali
semoge kite same2 berhijrah jgk ke arah yg lebih baik..amin...~
No comments:
Post a Comment